Shakila Skincare & Spa

Shakila Skincare & Spa

Thursday, 19 December 2013

JENTAYU SPA- Station 18, IPOH, Perak

 KEPENTINGAN FACIAL, KEPENTINGAN MANDI SUSU, KEPENTINGAN RENDAM KAKI,KELEBIHAN MANDI WAP,  KEPENTINGAN GARAM, KELEBIHAN URUTAN WAJAH, KELEBIHAN BERTANGAS, RAWATAN LULUR CANTIKAN KULIT.
  

Rutin harian menCUCI MUKA dirumah adalah TIDAK SAMA dengan FACIAL di salon atau Spa ye, dirumah kita hanya menggunakan cleanser, toner, pelembap atau paling rajin pun masker sesekali kan?
FACIAL @ rawatan muka yg ditawarkan di Salon or Spa adalah satu perkhidmatan PROFESSIONAL utk menambah dan membaik pulih keadaan kulit
Kenapa perlu FACIAL?
~Dapat membersih epidermis kulit dgn teliti (membuang white/black head terutamanyer)
~Urutan wajah menggunakan massage cream bagus utk peredaran darah, merehatkan saraf & otot fasial
~Juga mempercepatkan pertumbuhan kulit, melambatkan proses penuaan @kedutan(awet muda gitu), dan dpt memperbaiki keadaan kulit muka yg kering, berminyak, bermasalah (dgn menggunakan produk yg sesuai)
So get your FACIAL done at least once a month or even better once a fortnight di Jentayu Spa ok?
Jangan tunggu sehingga kulit bermasalah baru hendak mula berfacial, kerana kos nyer mungkin lebih besar...
Unlike · ·
Sumber :  Jentayu Spa



                                                  Pandangan Ruang Tamu Di Jentayu Spa

                                             Jalan Menuju Ke Bilik Rawatan di Jentayu Spa
                                                                   Bilik Facial
                                                                     Bath Tab

          Kelebihan Mandi Wap atau Bersauna

Aktiviti Mandi Peluh ataupun Sauna selalunya dikaitkan dengan kecantikan kulit. Tapi sebenarnya, kebaikan sauna bukan setakat itu saja, ia punya manfaat yang cukup besar untuk kesihatan tubuh.

Biarpun begitu, ramai yang tidak punya pengetahuan tentang perkara ini. Berikut adalah beberapa kebaikan dari sudut kesihatan daripada aktiviti mandi peluh yang mungkin anda selalu lakukan.

Mengeluarkan Toksin dari tubuh
Peluh yg keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia. Seperti yg diketahui, pori-pori yg membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu, turut keluar bersama peluh ialah toksin yg ada dalam tubuh kita. Kesannya kulit akan menjadi cerah & bersih.

Meningkatkan metabolisme
Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50-75% dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini, tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya. Satu sesi sauna membakar kalori sebanyak 600 kalori!!

Kurangkan stress
Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stress. Biasanya, setelah selesai melakukan aktiviti sauna, fikiran akan merasa tenang. Stress dan kerisauan boleh dikurangkan denga sauna hingga membuatkan fikiran lebih damai

Sembuhkan masalah kulit
Panas ruang sauna yg biasanya antara 60-105°C akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu, masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.

Membunuh bakteria & virus
Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya mengnyah toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses perbaiki sel otot. Selain itu proses pemanasansuhu tubuh ini juga bermanfaat untuk membunuh sel bakteria dan virus; meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekaligus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

KEHEBATAN Mandi Wap Panas.
Adakah anda prihatin tentang berat badan dan kesihatan anda? Sila perhatikan manfaat bersauna dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain:
· Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
· Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
· Berbasikal selama 30 minit membakar 250 ± 500 kalori.
· Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
· Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori

Tips Untuk Kesihatan:
· Lakukan mandian wap sauna untuk selama 15 hingga 20 minit setiap kali.
· Tiga (3) kali penggunaan seminggu sudah memadai. Anda akan merasai kesegarannya setiap kali anda melakukan mandian.
· Minum air secukupnya sebelum dan selepas penggunaan sauna. Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan.
· Penggunaan ketika kekenyangan adalah tidak digalakkan, memandangkan badan kita pada ketika yang sama juga menggunakan banyak tenaga untuk sistem penghadaman.

Tips Untuk Mengurangkan Berat Badan:
· Lakukan mandian 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan sambung lagi untuk selama 10-15 minit lagi .
· Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya.

kebaikan bersauna

•1. Mengeluarkan tosik-tosik dalam badan (detox)
•2. Membakar kalori (boleh turunkan berat badan)
•3. Mengurangkan jerawat dan masalah kulit
•4. Meningkatkan pertahanan badan
•5. Mengurangkan tekanan (stress) dan boleh buat kita

Jentayu Spa ada menyediakan sauna juga.
30 minit RM28.00 sahaja.

Jentayu Spa ada rawatan Sauna.

                                                                           Sauna


KEPENTINGAN MANDI SUSU

Selain untuk kesihatan, mandi susu juga dapat mencerahkan dan melembutkan kulit. Mandi susu adalah amalan ratu Mesir yang bernama Cleopatra supaya kulitnya putih, lembut dan gebu. Mandi susu juga popular di kalangan pengusaha salun-salun kecantikan dan spa yang menawarkan pelbagai jenis mandian dan rawatan. Sebaiknya sebelum anda berendam dengan air yang bercampur susu anda di nasihatkan untuk scrub tubuh anda terlebih dahulu untuk membuang se-sel mati sekaligus membuat kulit anda terasa lembut setelah itu bilaslah tubuh anda dengau air suam.

Jentayu Spa ada rawatan mandi susu.



                                                       KEPENTINGAN GARAM

Tubuh manusia memerlukan garam termasuk elemen-elemen kelumit. Meminum larutan garam dari hablur garam bukit tulen dapat merangsang sistem pencernaan dan metabolisma. Larutan ini juga dipercayai :

1) Menyumbang tenaga semulajadi yang tersimpan dalam struktur hablur garam dan tubuh dapat menggunakannya selama 24 jam.
2) Membantu memperseimbang kealkalian / keasidan dalam tubuh dan meneutralkan tekanan darah.
3) Membantu melarutkan dan menyah mendapan yang boleh mengakibatkan pembentukan "batu" dan pelbagai jenis rheumatisme seperti arthritis, batu hempedu dan batu karang.
4) Membantu meredakan rasa ketagihan. Ketagihan gula dan alkohol hilang sebaik sahaja pengambilan awal larutan tepu garam bukit tulen.

Profesor Peter Ferreira, seorang pakar biofizik berbangsa German telah menjalankan beberapa jenis ujian-ujian klinikal ke atas pesakit-pesakit yang mengambil larutan tepu Garam Bukit pada setiap hari dan Melaporkan keputusan berikut:

a) Pesakit-pesakit mengalami kehilangan Logam-logam berat dari tubuh seperti Plumbum, Merkuri(Raksa) dan Arsenik
b) Pengungkaian enapan-enapan Kalsium
c) Proses detoksifikasi perlahan tetapi berkesan
d) Memperseimbang pH darah.

             kelebihan rendam kaki garam

1. Melancarkan peredaran darah seluruh badan
2. Membantu membuang toksin dari badan dan dapat mengelakkan virus.
3. Melegakan kesakitan otot, lenguh-lenguh, sakit-sakit sendi, sengal-sengal dan kekejangan otot kaki.
4. Mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki setelah seharian berdiri dan berjalan.
5. Membantu merawat tumit kaki yang merekah.
6. Mengurangkan pening, migrain, angin, lemak
7. Menghilangkan gatal-gatal, kaki berair (kulat air), kaki pecah, kaki berbau
8. Melancarkan perjalanan darah, mengurangkan toksid, lemak/kolestrol di samping mengaktifkan perjalanan darah.
9. Mengurangkan kesakitan dari sakit gout

Jentayu Spa ada membuat rawatan rendam kaki garam.
hanya RM15 sahaja.
                Kelebihan Urutan Wajah.
 

* Mengurangkan kedutan dimuka
* Membuatkan kulit muka berseri-seri
* Menggalakkan pengaliran darah
* Merupakan antipenuaan yang berkesan




               

                                  Kelebihan BERTANGAS
 WANITA
# Rawatan bagi wanita selepas bersalin
# Melancarkan proses haid wanita
# Mengurangkan keputihan dan alahan vagina
# Merawat bau dan lendir busuk yang keluar daripada saluran vagina
# Mengeluarkan toksin dalam tubuh
# Melancarkan pengaliran darah
# Mengatasi masalah kelesuan
# Membantu mengurangkan masalah berat badan
# Mengetatkan saluran vagina bagi perempuan yang sudah putus haid
# Menaikkan rahim jatuh
# Melancarkan proses perkumuhan
# Mengurangkan rasa pedih selepas membuang air kecil

Jentayu Spa ada menyediakan rawatan bertangas
RM28 selama 15 minit



RAWATAN LULUR CANTIKAN KULIT.

Jika kulit terdedah dan dibiarkan terlalu lama tanpa rawatan kecantikan seperti melulur atau menyental, struktur kulit boleh menjadi semakin pudar, kusam dan kelihatan lebih gelap walaupun asalnya, memiliki kulit cerah.

Justeru, kulit perlu dibelai dan dilindungi selalu apatah lagi penduduk Asia lebih terdedah kepada cuaca panas dan lembap sehingga boleh menyebabkan kulit tampak lebih gelap. Rawatan, lulur atau sental dikatakan punya keunikan dan kelebihan tersendiri untuk pencerahan kulit.
Namun, ada juga menggunakan produk perlindungan untuk kesan pencerahan dan kesan lebih drastik dengan lakukan rawatan teknik meluntur.

Bagi penjagaan kulit wajah jangka panjang, kaedah melulur atau menyental dilihat lebih praktikal dan selamat. Malah, cara penjagaan dan belaian kulit wajah seperti itu sudah diamalkan sejak dulu.

Sebelum wujudnya pelbagai rawatan moden, orang zaman dulu memilih teknik melulur menggunakan tumbuh-tumbuhan, pokok herba dan kekacang bagi mendapatkan impak pada kecantikan kulit. Ini kerana melulurkan kulit menggunakan bahan semula jadi tanpa mengandungi bahan kimia dapat menyalurkan khasiat terbaik terus ke dalam kulit.

Meluntur menggunakan cara moden pula diperluaskan dengan campuran penggunaan bahan lain seperti alpha arbutin, asid kojic, beta-arbutin, pati beras, mulberi, niacinamide, vitamin C dan emblica yang didapati daripada buahbuahan seperti beri dan lemon. Sebelum ini, bahan digunakan berasaskan bahan semula jadi tanpa diproses seperti madu dan kunyit.

Sumber : JENTAYU SPA
Facebook: https://www.facebook.com/jentayu.spa.3



No comments:

Post a Comment