Shakila Skincare & Spa

Shakila Skincare & Spa

Monday, 1 July 2013

PENGENALAN



1.0                 PENGENALAN SYARIKAT SHAKILA SDN BHD

1.1   PENUBUHAN SYARIKAT

Shakila Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 26hb Jun 2008 dengan menjalankan bisnes utama iaitu pengeluaran dan perdagangan produk kecantikan Shakila yang bermutu tinggi sealiran dengan teknologi kecantikan terkini di seluruh Malaysia.
Shakila Sdn Bhd berpusat di Country Homes Rawang dimana urusan perdagangan produk beroperasi di lot 1-1 , Jalan Pusat BCH , Bandar Country Homes , Rawang , Selangor
Shakila Sdn Bhd dimiliki dan diusahakan oleh Dr Shakila Bibi sebagai Managing Director . Dr Shakila berpengalaman lebih 20 tahun didalam bidang kecantikan dan amat arif dengan peredaran dan peraliran teknologi bidang perawatan kecantikan. Syarikat diusahakan bersama 14 kakitangan yang sangat berpengalaman tidak kira dalam bidang perawatan kecantikan mahupun operasi penjualan.
1.2   AKTIVITI SYARIKAT

1.2.1            Shakila Sdn Bhd mengeluarkan dan memasarkan produk kecantikan berjenama Shakila untuk penjagaan kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki . Shakila Sdn Bhd juga memasarkan produk kecantikan dalam bentuk pek salon untuk kegunaan pengusaha salon di seluruh Malaysia. Produk-produk Shakila Sdn Bhd berteraskan alam semula jadi terutamanya dari ekstrak buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan.

1.2.2            Dalam memastikan produk Shakila Sdn Bhd dapat diketengahkan dengan berkesan , sistem pengedar digunakan dimana kami melantik pengedar2 diseluruh Negara yang bertindak sebagai agen untuk memasarkan produk Shakila terus kepada pengguna. Setiap pengedar yang dilantik , dibimbing secara teori dan praktikal dalam usaha melahirkan usahawan yang cekap dan berilmu untuk mengharungi industri kecantikan ini dan kekal lama didalam bisnes pemasaran produk Shakila.

1.3          VISI DAN MISI SYARIKAT
1.3.1   VISI
*      Menjadi pengeluar dan pemasar  produk kecantikan dan kesihatan yang berjaya serta bertaraf antarabangsa.
*      Melahirkan ramai usahawan bumiputera yang yakin dan terdedah kepada potensi industri kecantikan
*      Pelanggan mengutamakan produk Shakila dan  sentiasa berpuas hati dengan khidmat pelanggan yang disyorkan.



1.3.2           MISI

*            Memperluaskan rangkaian pengedar di seluruh Malaysia dan Rantau Asia.
*            Memperbanyakkan kursus kecantikan dan latihan singkat untuk melahirkan lebih ramai perunding kecantikan .
*            Memperbanyakkan seminar / bimbing niaga keusahawanan singkat untuk melahirkan lebih ramai usahawan didalam bidang kecantikan.
*            Sentiasa menjalankan  kajian didalam bidang penghasilan produk kesihatan dan kecantikan mengikut era teknologi terkini .
*            Memberi khidmat pelanggan yang memuaskan kepada pelanggan dan mengurangkan peratus kesalahan pengendalian pelanggan secara progressif.
*            Memberi dana kepada usahawan muda serta pakar kecantikan dari segi tenaga teori & praktikal.
*            Sentiasa mengekalkan kesetiaan pelanggan dengan produk keluaran Shakila Sdn Bhd dengan memastikan konsistensi kualiti dan pengeluaran produk seiring peningkatan teknologi.









No comments:

Post a Comment